SEJARAH LABU SAYUNG
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini
Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram
Thursday, March 22, 2007
PROSES MEMBUAT LABU
1. Mengambil Tanah
- mengambil tanah yang sesuai iaitu tanah biasa,tanah pasir dan tanah liat.
2. Menjemurkan tanah
-tujuan mengeringkan tanah-tanah liat yang digunakan. Tanah-tanah liat itu dijemur di bawah cahaya matahari selama dua atau tiga hari.
3. Menumbuk
-tanah yang telah kering ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki.
4. Mengayak
-proses ini bertujuan untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur.
-proses ini juga untuk menjadi tanah liat tadi berbentuk tepung
5. Membancuh
-proses ini mencampurkan tanah dengan air. Bahan yang dibancuh mesti tidak terlalu lembik.
-bahan ini boleh diadun di dalam baldi atau besen.
6. Menguli
Tujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin. Menguli tanah
boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah.
7. Membentuk
Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.
8. Menghias
Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.
9.Membakar
Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)